Dalam surat Al Hujurat Allah SWT memaparkan 7 cara bagi kita untuk menangkal virus-virus ukhuwah yang bisa menghancurkan shaf ukhuwah yang telah dibina. 7 cara tersebut iaitu :
1. Tabayyun
Tabayyun berarti mencari kejelasan maklumat dan mencari bukti kebenaran maklumat yang diterima. Allah SWT berfirman : "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita , maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (QS. 49 : 6).
2. 'Adamus Sukhriyyah
Artinya tidak memperolok-olokkan orang atau kelompok lain. Firman Allah SWT : "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan)." (QS. 49 : 11). Saat ini terdapat banyak kelompok atau organisasi dakwah. Harus kita sedari bahawa di antara kelompok-kelompok dakwah tersebut terdapat perbezaan yang berkaitan dengan prinsip mahupun tidak. Perbedaan dalam menentukan al-hadaful a'la (sasaran tertinggi) termasuk dalam masalah prinsip. Keadaan ini memancing suasana tanafus (persaingan) yang kadang bentuknya tidak sihat. Berhimpunnya kelompok-kelompok dakwah dan harakah yang ada di bumi sekarang ini adalah suatu mimpi indah. Sebagaimana yang ditulis DR. Yusuf Qardhawi, maka kesatuan wala' (loyalitas) dan tumbuhnya suasana ta'awun dalam menghadapi konspirasi para thaghut adalah sesuatu yang tidak dapat ditawar lagi. Dan kalau pun hal ini belum terwujud karena ada beberapa hal yang belum dapat kita lakukan, maka tidak mampukah kita sekadar meninggalkan tradisi sukhriyyah dan perasaan ana khairun minhu (saya lebih baik daripadanya) seperti yang dinyatakan iblis???
3. 'Adamul Lamz
Maksudnya tidak mencela orang lain. Ini ditegaskan dengan firman-Nya : "Dan janganlah kamu mencela diri sendiri." Mencela sesama muslim, oleh ayat ini dianggap mencela diri sendiri, sebab pada hakikatnya kaum muslimin dianggap satu kesatuan. Apalagi jika celaan itu adalah masalah status dan standar kebendaan. Allah sendiri menyuruh Rasul dan orang-orang yang mengikutinya untuk bersabar atas segala kekurangan orang-orang mukmin. (Lihat QS. 18 : 28).
4. Tarkut Tanabuz
Yakni meninggalkan panggilan dengan sebutan-sebutan yang tidak baik terhadap sesama muslim. Ini berdasarkan firman Allah SWT : "Dan janganlah kamu saling memanggil dengan sebutan-sebutan (yang buruk)." (QS. 49 : 11). Tanabuz dalam bentuk yang paling parah adalah berupa pengkafiran terhadap orang yang beriman. Pada kenyataannya masih saja ada orang atau kelompok yang dengan begitu mudahnya menyebut kafir kepada orang yang tidak tertarik untuk masuk ke dalam kelompok tersebut.
5. Ijtinabu Katsirin Minadzdzan
Allah SWT berfirman : "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, karena sebagian prasangka itu dosa." (QS. 49 : 12). Pada dasarnya seorang muslim harus berbaik sangka terhadap sesamanya, kecuali jika ada bukti yang jelas tentang kesalahan tersebut. Dan sebaliknya, kepada orang kafir dan musuh Islam, kaum muslimin harus menaruh curiga bila mereka bermanis budi. Allah SWT sendiri menegaskan : "Sesungguhnya orang-orang kafir menginfakkan harta-harta mereka untuk menghalangi manusia dari jalan Allah." (QS. 8 : 36).
6. 'Adamut Tajassus
'Adamut Tajassus adalah tidak mencari-cari kesalahan dan aurat orang lain. Perbuatan ini amat dicela Islam. Allah SWT amat suka bila kita berusaha menutup aib saudara kita sendiri. Firman Allah SWT : "Dan janganlah kamu sekalian mencari-cari kesalahan (dan aurat) orang lain." (QS. 49 : 12).
7. Ijtinabul Ghibah
Allah SWT menegaskan : "Dan janganlah kamu sekalian mengumpat sebagian lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? ..." Ghibah sebagaimana yang dijelaskan Rasulullah SAW adalah menceritakan keburukan orang lain. Ketika seseorang menceritakan keburukan orang lain, maka ada dua kemungkinan yang terjadi. Pertama, jika yang diceritakannya benar-benar terjadi maka itulah ghibah. Kedua, jika yang diceritakannya itu tidak terjadi bererti ia telah memfitnah orang lain. Begitu besarnya dosa ghibah, sampai Allah SWT menyamakan orang yang melakukannya dengan orang yang memakan bangkai saudaranya sendiri.
D'la Online Shoppe memasarkan koleksi shawl dan minuman kesihatan untuk wanita. Harap anda follow blog ini. Terima kasih dan selamat membeli!
Sunday, February 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KHASIAT COCOA COLLAGEN POWER PLUS
Luangkan 5 minit lagi untuk membaca ...
1-Pengambilannya secara berterusan , bukan sahaja dapat membantu mengekalkan kecantikan dan mengawet muda. tetapi juga kajian turut membuktikan kekayaan faedahnya terhadap kesihatan kita. Kini, kolagen bukan sahaja digunakan dalam pelembab kulit dan serum kecantikan, malah merupakan ramuan penting dalam pelbagai barangan seperti syampu dan pemakanan pengurusan berat badan.
2-Oleh sebab kolagen membentuk 75 peratus daripada kulit badan, kehadiran kolagen amat penting untuk membina dan mengekalkan kulit yang sihat. Dengan Cocoa Collagen ,
penyusutan kolagen yang melembabkan pembentukannya dapat di atasi. Bukan sahaja meningkatkan kadar pengurangan yang menyebabkan perkembangan kedutan dan kulit yang kelihatan tua, tetapi juga mempercepatkan proses pertumbuhan sel dan pembaharuan kulit.
3-Oleh sebab fungsinya yang dapat menyokong kulit kita, MINUMAN COCOA COLLAGEN dapat mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit, tanpa perlu menjalankan operasi face-lift.
4- Menggalakkan pemulihan cepat apabila berlakunya kecederaan, terutamanya luka yang bakal menyebabkan parut.Oleh sebab itu produk ini amat mujarab untuk menghalang parut yang berpunca daripada jerawat.
5-Kuku dan rambut
Hasil kajian Klinik Perubatan Universiti Wurzburg di Jerman pada tahun 1995 menunjukkan, penggunaan jangka panjang kolagen meningkatkan kestabilan dan ketahanan struktur protein.
Ini memperbaiki kualiti kuku rapuh dan menghalang keguguran rambut.
6-Pengurusan berat badan
Ketika tidur, asid amino yang dihasilkan oleh kolagen digunakan oleh badan untuk membina tisu otot. Apabila badan mendapat khasiat daripada protein kolagen ini, ia menguatkan lagi tisu otot nipis bagi membantu pembinaan bentuk badan dan otot yang lebih kukuh, jelas dan menarik.
7-Sendi dan tulang
Prof. R. Moskowitz, Pengarah Institut Artritis Universiti Cleveland dan Presiden Persatuan Penyelidikan Osteoartritis Antarabangsa menawarkan bukti selanjutnya berkenaan keberkesanan kolagen dalam rawatan osteoartritis. Penyelidikan Moskowitz juga menunjukkan kolagen mampu mengurangkan kesakitan dan melancarkan pergerakan sendi bagi mereka yang sedang menghidapi osteoartritis. Sesetengah kajian bebas dari Jerman dan Czechoslovakia turut mencadangkan pemakanan 7 hingga 10 gram kolagen sehari, selama 30 hingga 90 hari akan mengurangkan kesakitan dan ketegangan akibat artritis.
Kesimpulannya :
Hakikatnya kepentingan kolagen dalam badan hampir bersamaan dengan memastikan badan memperolehi kandungan air bagi kelembapan yang berpatutan. Pastikan anda memilih produk yang sesuai yang mengandungi kolagen dengan kualiti yang tidak terhingga.
No comments:
Post a Comment
Leave Your Comment